Hakikatnya, UNDI POS dan UNDI AWAL adalah dua perkara yang berbeza. Admin berkenaan gagal membezakannya.
Panduan Pengundian AWAL yang dikeluarkan SPR boleh dimuat turun melalui portal mereka yang jelas menyatakan mereka yang layak untuk mengundi awal ialah:
1. Anggota tentera
2. Isteri atau suami anggota tentera
3. Polis
4. Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)
Namun, anggota tentera dan PDRM (tidak termasuk pasangan) yang bertugas dalam operasi sama ada di dalam atau di luar negara semasa Hari Undi Awal diberi kebenaran untuk mengundi secara POS. Undi Pos juga dibenarkan kepada petugas media dan petugas pilihan raya. Baca di portal PRU13 ini untuk lebih jelas.
Bagi yang layak untuk mengundi pos pula ialah:
a) Merupakan anggota polis yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
b) Merupakan anggota tentera yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
c) Merupakan petugas Media yang bertugas membuat liputan perjalanan Pilihan Raya di luar kawasan
d) Merupakan Petugas-petugas Pilihan Raya yang terpaksa bertugas menguruskan Pilihan Raya
e) Pengundi yang berada di luar negara
Tarikh UNDI AWAL sememangnya telah ditetapkan pada 30 April 2013 tetapi UNDI POS, borangnya telah mula dikeluarkan semalam, 22 April 2013.
Ini bermakna pengundi boleh memangkah bila-bila masa setelah menerima borang berkenaan asalkan ia dikembalikan sebelum jam 5.00 petang, 5 Mei 2013, yakni hari UNDI BIASA.
Kedua:-
[Mereka mempertikaikan bahawa UNDI POS sepatutnya bermula 3 hari sebelum hari undi awam.]
Hakikatnya, Undi POS bukan bermula 3 hari awal dari undi awam. Undi Pos bermula lebih awal dari itu. Rujuk Notis Pengeluaran Undi Pos yang secara jelas menyatakan bagi Parlimen 111 Kota Raja, ia berlaku semalam, 22 April 2013. 13 hari sebelum Hari Undi Biasa, bukan 3 hari.
Proses pengundian yang dilaksanakan semasa pengundian AWAL bagi anggota polis , pasangan PGA, tentera serta pasangan tentera adalah sama sebagaimana yang dilaksanakan dalam proses pengundian biasa. Pengundian awal dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari pengundian biasa dan dilaksanakan di dalam premis PDRM dan ATM seperti balai-balai Polis dan kem-kem Tentera. Para Petugas yang mengendalikan proses pengundian awal terdiri daripada orang awam yang dilantik oleh SPR. Sebagaimana proses pengundian biasa, anggota PDRM dan ATM serta pasangan yang telah sah namanya didaftarkan dalam daftar pemilih, perlu beratur di luar Tempat Mengundi yang telah disediakan.
Ketiga:-
[Proses Undi tanpa ada pemerhati dari SPR, hanya memberikan kantung undi sahaja]
Hakikatnya, untuk UNDI POS , pengundi juga bebas untuk memilih sama ada ingin menggunakan khidmat saksi yang disediakan atau melantik individu lain sebagai saksi.
Sekiranya pengundi memilih untuk menggunakan khidmat saksi yang disediakan, pengundi perlu membuka sampul undi pos beliau di hadapan meja saksi. Pengundi juga perlu menyerahkan kertas undi yang belum ditandakan dan Borang 2 untuk disemak oleh saksi. Saksi akan membandingkan nombor siri pada kertas undi, Borang 2 dan Sampul A. Sebelum saksi menandatangani Borang 2, pengundi perlu terlebih dahulu menandatangani Borang 2 tersebut.
Untuk UNDI AWAL pula, proses pengundian yang berlangsung akan diperhatikan oleh ejen yang dilantik oleh calon.
Walaubagaimanapun, tidak semestinya perlu ada pemerhati dari SPR pada hari EDARAN kertas undi. Ini kerana pihak SPR akan menyerahkan sampul-sampul undi kepada wakil-wakil pengundi pos seperti "Courier" Polis dan "Courier" Tentera untuk kedua-dua anggota keselamatan berkenaan.
Bagi mereka yang tiada wakil, sampul undi pos akan diposkan menggunakan pos berdaftar kepada pengundi yang layak. Jadi, sewaktu mereka mengundi, sememangnya di sisi mereka tidak perlu ada wakil SPR. Mereka hanya perlu mengembalikan sampul berkenaan tanpa perlu meletakkan setem.
Admin dari page pembangkang perlu memahami proses undi POS dan AWAL sebelum cuba mengelirukan pembaca yang lain yang kurang tahu. Di portal PRU13 ada dengan jelas menceritakan langkah demi langkah bagaimana proses Undi POS dan Undi AWAL.
Keempat:-
[Kertas undi ada no siri]
Hakikatnya, kertas undi memang ada nombor siri. Pilihan Raya sebelum ini pun memang sudah ada nombor siri. Kenapa perlu ada nombor siri? Tujuannya bagi memastikan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi adalah tidak lebih dari kertas undi yang dikeluarkan. Baca di portal PRU13 untuk faham dengan lebih lanjut. Kami juga sudah menerangkan tentang hal ini.
Kelima:-
[Sebelum pangkah undi,terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi berserta nombor IC dan no siri yg sama dgn kertas undi.]
Hakikatnya, borang yang tertera nama pengundi berserta nombor IC itu adalah Borang 2 yakni Borang Pengisytiharan Identiti. Borang ini bukan baru dipakai pada tahun ini. Penggunaannya dalam pengundian pos dipersetujui oleh wakil-wakil parti politik termasuk PAS, PKR dan DAP yang berada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). Azmin Ali (PKR), Hatta Ramli (PAS) dan Loke Siew Fook (DAP) adalah anggotanya.
Keenam:-
[Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan kantung undi]
Hakikatnya, pengundi pos perlu mengambil tindakan berikut terhadap borang-borang yang diterimanya:
- Memasukkan kertas undi ke dalam Sampul A.
- Memasukkan Borang Pengisytiharan Identiti ke dalam Sampul B.
- Memasukkan Sampul A yang mengandungi kertas undi ke dalam Sampul B.
Oleh itu, secara teknikalnya borang berkenaan sebenarnya terasing dari kertas undi.
Pada hari pengiraan undi pos di hadapan wakil-wakil calon parti bertanding, Pegawai Pengurus akan:
Membuka Sampul B dan menyemak sama ada butiran pada Borang Pengisytiharan Identiti di dalamnya diisi dengan lengkap. Ia bagi memastikan maklumat orang yang mengisi borang berkenaan yakni pengundi pos adalah sama dengan data yang dimiliki SPR.
Memastikan nombor siri kertas undi pada Borang Pengistiharan Identiti adalah sama pada Sampul A yang mengandungi kertas undi dan belum dibuka.
Memasukkan Sampul A yang belum dibuka ke dalam dulang Sampul A bagi menyelesaikan proses semakan terhadap semua sampul undi pos yang diterima sebelum pengiraan bermula.
Proses-proses pengiraan pengundian pos boleh dibaca dengan jelas pada Portal PRU13.
fikir btl2 sbln nk pangkah yer...
No comments:
Post a Comment