...Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Lelaki Tertarik Kepada Saya...

Bagi yang tergolong di dalam kategori ini, anda perlu tinggalkan apa yang anda lakukan sekarang dan beri perhatian 110% terhadap setiap ayat seterusnya di bawah kerana anda akan di bawa ke satu perjalanan yang boleh mengubah kepercayaan asal anda mengenai kebolehan anda menarik lelaki idaman. Ok teruskan.

Ada jenis soalan yang saya jawab dengan penuh analisis beserta strategi langkah demi langkah berkesan (hint: bukan puisi cinta, kata cinta, ayat cinta etc.) dan ada juga yang saya rasa malas nak jawab panjang lebar. Apakah sebabnya?
Sebabnya dengan kandungan soalan itu sahaja saya boleh mengetahui kemungkinan untuk seseorang ini berjaya menarik lelaki atau sekurang-kurangnya melakukan langkah pertama dalam masa 24 jam (dengan strategi berkesan saya) atau panjang lagi ceritanya untuk seseorang ini boleh menarik lelaki ke dalam kehidupan lonelynya.

Kepercayaan Kendiri Anda Mempengaruhi Kejayaan Anda Dan Ianya Bukan Salah Anda

Antara sebab utama yang saya dapati menjadi penghalang kepada kejayaan mereka menarik lelaki ke dalam kehidupan mereka adalah limitasi kepercayaan kendiri (self limiting belief) yang berbunyi…
“Saya Tak Cukup Menarik Untuk Buat Dia Tertarik Kepada Saya”
Variasi daripada penyataan dia atas adalah :
“Tidak mungkin dia akan tertarik kepada saya yang gemuk ini”
“Saya asyik gagal sebelum ini. Sudah pasti saya akan gagal lagi kali ini”
“Saya terlalu (isi tempat kosong). Dia tidak akan suka kepada saya”
Lihat. Inilah yang dinamakan sebagai limitasi kepercayaan kendiri. Anda sendiri telah mengukir peraturan tersebut di dinding minda anda. Anda sendiri sebenarnya tidak tahu kepercayaan anda itu benar atau tidak. Tetapi, disebabkan selalu sangat disebut dan difikirkan seperti satu doa, akhirnya anda percaya bulat-bulat bahawa anda memang sepeti yang anda fikirkan/percayakan.
Hakikatnya, bukan salah anda kerana anda mempunyai kepercayaan yang melimitasikan peluang anda untuk berjaya. Tiada siapa yang membimbing anda sebelum ini. Tidak hairanlah anda membentuk kepercayaan anda berdasarkan situasi dan sejarah hidup anda — di mana mulai hari ini, anda akan menjadi penentu kepercayaan baru anda.

Apa Kaitan Menjadi Wanita Idaman Lelaki Dengan Roger Bannister?

Sehingga 60 tahun dahulu, tiada sapa pernah terfikir bahawa manusia boleh berlari sejauh 4 batu dalam masa kurang dari 1 minit sehinggalah seorang yang bernama Roger Bannister, memecah rekod larian 9 tahun sebelumnya dengan catatan masa 3 minit 59.3 saat. Rekod terbaik sembilan tahun sebelumnya adalah 4 minit 1.4 saat. Apa yang membuatkan lama sangat untuk seseorang memecah rekod ini?
Sebenarnya sejak tahun 1852, kepercayaan masyarakat mengenai kebolehan manusia dipengaruhi oleh saintis masa tersebut bahawa membuat larian sejauh 4 batu adalah mustahil sama sekali. Akhirnya rekod itu dipecahkan oleh Roger Bannister setelah mengubah kepercayaannya dan disertakan usaha keras (+ teknik yang betul).
Yang lucunya(bagi saya), agaknya berapa lamakah selepas Roger memecah rekod larian 4 batu untuk orang seterusnya memecah rekod baru? 4 tahun? 2 tahun? Jawapannya : 46 Hari ( dipecahkan oleh pelari Finland, John Landy)
Lihat. Anda mungkin yakin bahawa apa yang anda percaya adalah benar. Tetapi sebenarnya anda boleh memecahkan kepercayaan yang membataskan kejayaan anda itu dan menukar kepercayaan anda menjadi lebih positif — membantu anda mencapai matlamat anda.
Fikirkan. Apa kemungkinan anda boleh menarik lelaki idaman anda ke dalam hidup anda sekiranya anda percaya bahawa anda mempunyai daya penarik unik yang boleh membuat si dia tertarik kepada anda–tidak kira berapa kali anda putus cinta?
Jika sebelum ini kepercayaan anda berbentuk segi tiga, dan anda melihat objek di sekeliling anda semuanya bentuk segi tiga, maka sekarang, setelah anda berjaya memecahkan limitasi kepercayaan anda, kepercayaan anda adalah seperti bentuk bulat— anda melihat objek di sekeliling anda dengan bentuk dan persepektif berbeza.

Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif

Setelah anda berjaya menjadikan menjadikan kepercayaan kendiri anda sebagai rakan karib di dalam perjuangan anda, sudah tiba masanya untuk anda menjadi PROAKTIF.
Tips ringkas saya untuk menjadi wanita proaktif :
  • Jangan jadi wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
  • Jangan jadi wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki menarik.
  • Jangan jadi wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
  • Jangan jadi wanita yang tidak melakukan tindakan lanjut untuk menjadi wanita idaman lelaki.
Pada masa hadapan, saya akan mengupas mengenai bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki hasil dari kajian saya terhadap 5 responden berbeza latar belakang (nampaknya kandungan Seni Cinta menjadi semakin agresif :)

No comments:

Post a Comment